Patuh Shariah
Objektif
- Untuk mematuhi piawaian Shariah di dalam setiap operasi perniagaan.
- Menjadi perintis dan mematuhi peraturan Shariah dalam operasi platform pemasaran affiliate.
- Integrasi prinsip Shariah dalam urusan perniagaan oleh pakar Shariah dan pengamal industri.
- Kelengkapan dan pembangunan usahawan affiliate yang baik dalam platform pemasaran affiliate.
- Memenuhi keperluan pasaran berpandukan prinsip dan garis panduan Shariah.
- Memperkukuhkan sumber pengetahuan dalam perspektif Islam.
- Memupuk keharmonian dan saling menghormati dalam amalan Islam.
- Membuka ruang untuk pembangunan amalan Shariah.
Visi
Untuk menjadi rangkaian pemasaran affiliate dan penyedia penyelesaian pemasaran yang mematuhi Shariah serta memastikan standard perkhidmatan berada pada tahap terbaik dan mudah kepada pengguna.
Misi
Menyediakan penyelesaian pemasaran fleksibel dan mudah yang mematuhi Shariah kepada semua pihak.
Panduan Shariah
Berikut adalah beberapa sumber sahih yang kami rujuk sebagai garis panduan dalam memastikan kami memenuhi kriteria pematuhan Shariah:
Jabatan Standard Malaysia (Standards Malaysia) merupakan Badan Standard Kebangsaan dan Badan Akreditasi Kebangsaan. STANDARD MALAYSIA telah melantik SIRIM Berhad sebagai agen untuk membangun dan mengedar Piawaian Malaysia.
SIRIM adalah organisasi utama penyelidikan dan teknologi perindustrian di Malaysia. Ia adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, ia adalah badan berkanun dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan, yang melaporkan kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen setiap tahun.
JAKIM merupakan badan kerajaan berkuasa di Malaysia yang berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan hal ehwal Islam negara.
Soalan Lazim
Pematuhan Shariah bermaksud memastikan organisasi tersebut ditadbir urus dengan berkesan mengikut nilai-nilai murni yang diterima secara universal seperti disiplin, kejujuran, keadilan, keikhlasan, ketepatan masa dan kebenaran. Aspek halal dan bukan halal dalam semua proses yang penting untuk penyampaian perkhidmatan dan produk juga mesti dikenal pasti dan disampaikan kepada semua pekerja serta dilaksanakan dengan berkesan.
- Memastikan sifat nilai-nilai murni seperti keadilan, kejujuran, kebenaran, keikhlasan, ketepatan masa dan disiplin diamalkan dalam pengurusan kualiti perniagaan anda.
- Memberi lebih penekanan yang lebih besar kepada standard etika dalam proses perniagaan.
- Mendapatkan jaminan bahawa proses dan amalan organisasi anda selaras dengan prinsip Shariah.
Perniagaan anda akan beroperasi seperti biasa. Lebih baik lagi, affiliate kini diberi pilihan samada untuk mempromosikan dan mendapat komisen daripada pengiklan yang mematuhi Shariah sahaja.
SIRIM QAS International, badan pensijilan dan pakar teknikal Shariah, telah pun menjalankan audit terhadap setiap proses bisnes dalam program agensi Affiliate Junction dan program affiliate runcit, MyKad Smart Shopper, termasuk mekanisme ‘Sistem Penapisan Halal’ bagi memastikan kami patuh Shariah. Hasilnya, I Synergy Group Limited kini telah disahkan sebagai syarikat patuh Shariah bagi skop yang disebutkan di atas. Oleh itu, yakin dan percaya bahawa semua pendapatan anda daripada program agensi Affiliate Junction dan MyKad Smart Shopper adalah 100% Halal.
Ya, sudah tentu boleh. Tiada sekatan yang dikenakan kepada mereka yang bukan beragama Islam.
iSYNERGY secara rasminya menerima sijil pematuhan Shariah pada 12 Januari 2018.
Sijil yang diterima oleh iSYNERGY ialah SIRIM QAS MS 1900:2014 Shariah-based Quality Management System.
SIRIM merupakan badan pertama di dunia yang menawarkan pensijilan MS 1900. Perkhidmatan pensijilan tersebut adalah dengan pemantauan Badan Penasihat Shariah yang ditubuhkan terdiri daripada ulama-ulama agama terkemuka yang memastikan kredibiliti. Juruaudit mereka yang berpengalaman dan profesional adalah kompeten dalam pelbagai sektor.
- Penyerahan Soal Selidik
- Penyerahan Permohonan
- Audit Tahap 1
- Audit Tahap 2
- Cadangan & Kelulusan
- Pengeluaran Sijil
- Audit Pengawasan/Pensijilan Semula
iSYNERGY mesti memastikan bahawa mereka terus meningkatkan operasi dan nilai perniagaan mereka mengikut prinsip Shariah, yang akan ditentukan oleh SIRIM QAS melalui audit Shariah tahunan (atau apabila ia diperlukan).
Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di +603 2242 1333 atau email kami di [email protected]